15 Julai 2015
8.30 pagi
Kami memulakan perjalanan balik ke kampung Sabak Bernam dengan lafaz Bismillah.....Pada Tahun ini giliran beraya di kampung aku. Heppy nye lain macam sikit bila beraya dia kampung sendiri. Tahun ni semua adik beradik berkampung di Sabak Bernam sampaikan aku dan lia menyewa homestay gara-gara rumah abah yg comel tu heheheh.
Alhamdulillah jalan semua clear.Pd pukul 3 lebih kami singgah di Petronas Kuala Selangor untuk menunaikan solat zohor.Rezeki bulan puasa...dpt ole2 dr Petronas.Tahun lepas pun sama otw balik Melaka dari Sabak Bernam isi minyak di Petronas pun dapat ole-ole.
Selepas solat zohor kami meneruskan perjalanan. Hati ni tak sabo2 nk sampai sabak mengenangkan yg lelain semua dah sampai.
Lebih kurang pukul 6 kami sampai dengan selamat.Alhamdulillah.Perjalanan sebenarn dari Kuala Selangor ke rumah abah cuma sejam je TETAPI singah pulak Tesco Kuala Selangor tgk2 ape yg perlu.Beli keperluan utk memasak esok.Serai daun kunyit bwg cili kering bagai la.Abis bersoping kt Tesco hntr brg masuk kereta.Kami menyibukkan diri di kedai2 baju n booth2 di kwsn situ.Dgn en Suami jek..bdk2 dah letak dlm kereta tgk movie dlm kereta. Baju raya semua dah cukup...saja nk cuci2 mata konon nye.Niat cuci mata bertukar menjadi cuci poket. Heheheh nasib baik bukan dari poket aku.En suami belikan sepasang jubah.Heheheh seronok ler....
Keluar kwsn Kuala Selangor tadi....singgah pulak Giant. Mencari barang yg tk jumpa di Tesco tadi.
Mana lah tk lmbt.
Sesampai rumah..adik2 aku tgh sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka puasa.Ya-Allah sedap nye menu di rumah abah.Menu kami kecik2 dulu pun ada.
Ini la abah dengan mak.Kalau dengar anak2 nk balik berkumpul mmg menu sangat la istimewa.Kebiasaan nye adalah menu kegemaran kami, Gulai tempoyak, sotong, udang, sambal tempoyak.
*alhamdulillah rezeki MU yg tak pernah kurang pd hamba2 Mu Ya Allah
No comments:
Post a Comment