Perjalanan Hidup Aku

~Coretan di kala suka duka ku bersama insan-insan sekeliling yang sentiasa di sisi ini walau dalam apa jua keadaan~

~Sayang Kamu Hingga Ke Syurga~

Thursday, September 17, 2015

Kaki Danish Kene Cucuk Dengan Pensel Tekan

Petang tadi balik rumah En Hb amik Danish dr rumah Kak Sal.Sampai rumah Danish mengadu kaki nya sakit. En Hb bising suruh aku tengok kenapa. Bila tengok nmpk mcm bengkak kecik membojol.Tanya Danish kenapa. dia jawab kawan dia cucuk dengan pensel.Aku tanya bila? Dia jwb...aritu.
Aritu tu maksud nya samada ari isnin atau selasa sebab rabu cuti Hari Malaysia.
Aku agak mesti ade something dalam kulit dia tu buat dia sakit mungkin kwn dia menggunakan pensel tekan.
Aku amik ketip kuku, aku kerjakan ....meraung2 dia menangis takut sakit.Jenuh memujuk nya.....last2 abahnya peluk n pegang dia, aku mencungkil tmpt bojolan kecik tu. sekejap je pun tk sampai 5 saat.

Tepat sekali tekaan aku.Mata pensel dari pensel tekan.Patut la sakit.
Danish...danish......ni kes semasa berada di Tadika la ni.
Biasa la kalau dah reramai tu...kena pulak budak lelaki. Apepun esok aku kene jugak bgtau cikgu tentang pekara ni supaya cikgu2 lebih beri perhatian pada budak2 disitu supaya mereka tidak bermain benda2 yg boleh mencederakan.Walaupun pekara ini tidak serius bg aku tp sekiranya tidak di ambil berat, takut2 ade kecederaan lain akan berlaku yg lebih teruk.
 Ade kesan lubang selepas ubat pensel yg terbenam dalam kulit tu dikeluarkan tadi

*Pengalaman baru untuk Danish kene operate dengan ibu :)



No comments:

Post a Comment